Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 20 April 2011



BUTTER PRAWN

 
* Resepi Oleh : Rekaan anis sendiri ;p
* Ulasan : Resepi ni simple jer, sesuai utk yg nak mudah n cepat

 Bahan-bahan

  
Udang (Agak-agak 500gm camtu)
3 tangkai Daun Kari
3 Ulas Bawang Putih (Dihiris/tumbuk)
2 Biji Bawang Besar (Potong Bulat-Klu tak berapa suka letak 1biji pun dah cukup)
6 Biji Cili Padi (Yg ni pun ikut suka tahap kepedasan korang nak)
4 Sudu Besar Mentega/Butter
2 Biji Telur
Garam
Lada Sulah
Cukup Rasa Maggie

 
Cara Membuatnya
  1. Udang digaul bersama garam+kunyit dan goreng sehingga kekuningan. Pastu angkat.
  2. Buang minyak tglkan sedikit sahaja utk menumis. Masukkan mentega. Apabila mentega cair masukkan bawang putih, daun kari dan cili padi tumis sehingga kekuningan.
  3. Masukkan telur, udang, kacau hingga sebati semua bahan. Pastu masukkan garam, lada sulah dan maggie cukup rasa. Last masukkan bawang besar, kacau rata, tutup api.
  4. Hidangkan.

0 ulasan: