Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 24 Mac 2012

Mendidik Anak

Assalamualaikum.. 

Harini mcm biasa lepas tdokan iffah damia, anis akan ON9 kalo xde customer... benda yg 1st, anis akan cek akaun pesbuk dulu lah.. anis terbaca 1 info yg memberi motivasi pd diri anis.. rasa mcm nak share kat blog nih. Sumber dr FB:Keindahaan Ciptaan Allah Taala.


* pic sumber google

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)



** Banyak yg perlu anis belajar lg dlm mendidik anak2, moga entri ni memberi manfaat kpd kita semua yer ;)

Khamis, 22 Mac 2012

Aku kembali berblog (^_*)

                   Salam 1 Malaysia..

Byk benda yg anis dah ketinggalan dlm dunia blog nih.. Exceli baru nak explore tiba2 ter'stop hihihi... bkn apa sbnarnya bz coz anis berhijrah dr HOUSEWIFE skrg dah jd BISNES WOMAN la kononnya ;p anis baru start bisnes penghujung NOV 2011.. so byk benda nak buat tu yg bz sampai xleh nak tulis pe2 entri.. Anis mulanya nak buka kedai pakaian n produk kecantikkan tp tak dpt sokongan padu dr encik Hubby so fikir pnya fkir kami decide nak buka kedai jeruk mcm kat penang tuh.. sbb setiap kali blk kg penang kami tgk jeruk mendapat sambutan hangat. maklumlah kat langkawi xde lg kedai jeruk camtuh.. so try.. xdpt sambutan yg menggalakkan.. try n error so anis try tambah produk iceblend, waffle n cup corn.. ok tp time ada org jelah sbb kedai anis ni kat pekan baru (PEKAN RABU LANGKAWI) kalo time cuti @ ada group msk mmg jualan sgt memberansangkan.. tp masih xleh cover kalo nak amik staff. skrg anis handle sendiri.. hope thn depan leh stabil lew.. Anis try bisnes sbb anis borink dok umah dgn iffah damia jer ari2, iffa pun mcm borink n takut2 dgn org bila kami bw dia kuar..skrg dok kedai dgn ibu, iffa dah xtakut org lg cuma xleh berenggang dgn ibu lg.. so xleh antar ngasuh gak.. kalo keje mkn gaji sure xleh..

k tu jer tu nak citer coz iffa sudah bagun lorh.. bye

Jumaat, 27 Mei 2011

PERUT KEMPIS LEPAS BERSALIN (*_^)

SALAM SEMUA....


Arinie tetibe tgat nak kongsi dgn kamo2 sume pasal bab kempiskan perut after bersalin :) Ade org senang jew turun pewutt dia kan.. Ade setengah tu susah giler nak turun pewuttnye :( yg anis bgtau nie cara anis ler, sape2 yg ade cara lg mantap tu bole la kongsi kat komen yer... Depend individu yer cepat ke lambat hasilnye.. Setiap org tak sama result nye okey!

Ni cara anis..


  • Tiap2 ari mesti mau sapu ape2 jenis lotion panas kat pewutt kamo (1hari 3-4 kali) kalo dpt yg extra panas lg bagus tau  ;)
  • Bagi sape2 yg ade sauna tue nak jgk promote sauna kan ;p   3,4 jam sebelum bersauna sapu la krim panas tue insyaallah mmg berkesan dgn cepatnye. (Bonus bg sape yg ade sauna hehehee)

Tu jer tipsnye.. mudah kan??? so ape tunggu lg.. amalkan ! xde sauna pun xpe buat jer mesti turun cuma cepat n lambat jer kesannya. Tak la malu kat husband pewutt kita buncit.. Kalo pewutt dia sama naik dgn pewutt kita suh dia buat gak.. Hubby anis pun guna tips ni gak.. ahakss.. nak nampak nsem gak tuhh hikhik



* Ni contoh je, jenama lain pun xpe janji function dia sama :)





 " SHARING IS CARING "



K BYEBYE

DAAAA




Mood: Sgt2 teruja bila pewutt ini dah makin susut hihi

Khamis, 26 Mei 2011

MEDAN ATAU JAKARTA...??

Tik tok... Salam sume... have a nice day =)



Tetibe mood nak g bercuti jauh2 skit.. tgin sgt nak naik flight tau seumor hidup n hayat nie tak penah lg la anis naik kenderaan yg membawa kita di awan biru tuuu wawaaawaa bataknye terasa diri ini  ;( agak kesedihan jgk lahh!

Ade sape2 yg penah pegi MEDAN atau JAKARTA tak? Bole bg idea tak yg mana 1 best tuk jejalan perabih pulus?

Kasihan sama saye sbb saye tak penah pegi tempat2 tu lg. So mcm keterujaan yg teramat sgt kalo ade rezeki lebih n dpt pegi kihkihkih

Dgn bantuan Pakcik Google anis dpt la info sikit2 tp cam tak detail lerrr...

kite layan jela picas di bawah nie dulu ye..





* Jakarta




* Medan



k  wasalam....

Rabu, 25 Mei 2011

PUNCA CERAI??///*@**%%

Tik tok n salam 1 malaysia (^_^)


Lama gak kan anis tak hupdet entri ;( exceli anis sgt2 bz lately... byk benda nak hupdet tp tak menyempat jer. Dgn si berukband meciss yg agk lembab this week, ermmm betul2 xde mood weh. 

Oke go to the entri : Skang ni byk tul kes cerai, sana sini dgr cerai dan kes cerai makin meningkat % nyerr !!! Agak menyeramkan, minta dijauhkan.... Berdoa moga ikatan suci yg kita jalin kekal hingga ke SYURGA!



KENAPA benda ni jd? trend skrg ke? kawen bila dah jatuh cinta, bila tak cinta berpisah n cari CINTA baru? timbul tanda " ? " dihati anis. Korang tau tak kekadang BENDA REMEH TEMEH PUN LEH JD PUNCA PENCERAIAN ;(

TAK susah tuk selamatkan sebuah perhubungan yang sudah lama terjalin jika tau cari puncanya. Bayangkan bertahun-tahun hidup dengan SI DIA, kita kerap melakukan kesilapan, daripada perkara remeh-temeh sehingga menjadi bibit yang membosankan.

Baca atau teliti kes perceraian yang berlaku, bukan je berpunca daripada isu besar sebaliknya perkara kecil pun leh jadi titik akhir sekali gus mengundang episod duka dalam rumah tangga.
Seperti mana kata pakar perkahwinan, masalah rumah tangga harus dilihat dalam sudut paling dalam biarpun ia hanya bermula dengan hal paling kecil tetapi boleh memberi kesan besar dalam hidup.
Ada kalanya si suami mengomel isteri selekeh, sering berkain batik dan kemeja-T lusuh apabila berada di rumah sedangkan di luar dia berdepan dengan wanita yang berpenampilan menawan sehingga ada ketikanya menjentik naluri kelelakiannya.
Jika korang tau ‘lambaian di luar sana’ lebih membuat lelaki teruja.
Elakkan perkara yang diperkatakan ini untuk menjadi pengajaran berguna.
# Memperkecil suami di hadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ia benar. Contohnya, “Suami saya kan, siang ikan pun tak tahu!”
# Mengganggu suami dengan kerap menelefon dirinya dan panggilan dibuat pada waktu yang salah sekadar memberitahu hal remeh-temeh.
# Terlalu suka mengemas rumah atau mengalihkan barang hinggakan suami tidak jumpa barang yang disimpan si isteri.
# Mengambil muka surat atau bahagian tertentu daripada akhbar dan menyusun akhbar dengan cara amat salah, hingga menyukarkan bahagian yang hendak dibaca.
# Memotong mana-mana bahagian majalah dan akhbar sehingga berlubang di sana sini manakala suami tidak sempat membacanya.
# Menyuruh suami supaya membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari pejabat sedangkan perancangan ke pasar atau pasar raya cuma esok atau baru ke pasar semalam.
# Tidak memberi arahan jelas kepada suami bila menyuruhnya membeli sesuatu dan kemudian menyalahkan suami.
# Membuat janji temu dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami sehingga kadangkala ia mengganggu perencanaan yang sudah dibuat.
# Bercakap atau bersembang di telefon dengan rakan pada waktu malam selepas jam 10 dan ketika itu, ia sepatutnya menjadi waktu istirahat anda sekeluarga.
# Menjemput tetamu ke rumah tanpa izin suami sedangkan ia waktu rehat seisi keluarga.
# Berpakaian kusut-masai dengan baju-T terkoyak dan batik lusuh selain rambut tidak terurus serta tanpa sebarang calitan mekap, membuatkan si suami muak untuk pulang ke rumah kerana tiada langsung tarikan.
# Mengambil masa cukup lama apabila bersiap seolah-olah pengantin yang begitu lambat menyiapkan diri, membuatkan suami tertunggu-tunggu dan terus tertidur.
# Sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh orang gaji atau diri sendiri membasuh atau menggosok pakaian untuk hari berkenaan.
# Sengaja atau tidak menyebelahi anak-anak apabila suami ‘naik angin’ apabila mereka ke rumah rakan seharian atau berminggu-minggu tanpa mengambil tahu atau meminta pandangan suami terlebih dulu.
# Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti. Hanya bersiap apabila diberitahu ada kenduri yang harus dikunjungi. Sebagai isteri, seharusnya sering bersiap rapi supaya sentiasa disenangi suami.
# Suka melengahkan masa apabila hendak solat berjemaah atau beribadah dengan melencong ke dapur, bilik anak-anak atau melakukan perkara lain seolah-olah meremehkan perkara berkaitan ibadah.
# Mengganggu suami yang menonton rancangan televisyen kegemarannya misalnya bola sepak. Ketika itu, ada saja kerja yang minta suami lakukan sehingga menjadi bibit percanggahan pendapat atau punca berlakunya perselisihan faham.
# Asyik bercerita mengenai diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita. Ada kalanya, suami anda juga mahukan perhatian atau berkongsi masalah dan cerita di pejabat.
# Membebel dan berleter tanpa henti mengenai hal yang amat kecil dan diulang tayang setiap hari sehingga menjadikan topik yang memang dibenci suami.
# Suka memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa dengan gosip atau prejudis sehingga menimbulkan rasa bosan dan kebencian suami.
# Menceritakan hal rumah tangga kepada orang lain dan memburuk-burukkan suami, keturunan atau asal-usul suami dengan tujuan merendahkan martabat suami pada mata orang lain sama ada keluarga, jiran mahupun rakan terdekat.
# Sengaja atau tidak, gagal memasak masakan digemari suami. Bertahun-tahun hidup dengannya, sudah pasti si isteri tahu kesukaan suami atau perkara tidak digemarinya. Sebaliknya, isteri banyak menyakitkan hati suami sehingga sedikit demi sedikit, timbul kebencian di hati suami.
# Meminjamkan harta benda suami kepada orang lain tanpa kebenaran terutama barangan yang amat disayanginya.


Dan perceraian atau makan luar juga terjadi bila SUAMI/ISTERI tidak puas ketika " bersama " so kena open minded dlm bab camni dgn SUAMI/ISTERI korang. Bila dah tau kelemahan msg2 cari jln utk atasi benda tu.

Bagi kaum IBU, anis nak rekomen kat korang TONGKAT AJIMAT MADURA (TAM) ni.. harga pun berpatutan dan mampu milik. Yg pasti tak membebankan korang utk beli setiap bln. Tentang result after guna benda ni, anis berani ckp CUKUP BAGUS dan OK sgt2 coz anis dah cuba n amalkan sampai skrg. Memang puas hati dan tak rugi beli. Nak citer lebih2 kat sini cam 18sx lak so kalo nak tau detail ADD n inbox anis kat pesbuk k :-)





" SHARING IS CARING "


Mood : Saya sayang hubby saya =)

Isnin, 16 Mei 2011

Giveaway from Moscow by Miszlullaby

                              


SaLaM UoLs...


Nak gtau nie, anis 1st time tau join GA camni ;p terasa jakunnya aku huhuhu , ni pon sbb BEE yg tgl mesej kat shoutbox suh tgk kat blog dia ada something yg perlu anis tau. Dgn "?" di hati anis pon terjah blog dia.... hohohohooo rupa2nya GA kat umah MISZLULLABY. Tak penah pon anis join apa2 contest or GA selama dlm dunia blog ni ;) kiranya bee org 1st yg tag anis utk join benda camni ! anyway timakasih yg tak terhingga ye BEE...

Sesape yg tgin nak join GA nie bole jer join tp mesti mau ikut miszlullaby pnya syarat2 lah.. nak tau apa syarat2 tu korang kena la terjah umah miszlullaby yer..

Nie anis nak tag org 5 org aje, yg anis tak tag tu jgn merajuk k eceehh hihihi... jgn risau sbb sesape pon leh join walaupun korang anis tak tag tau so kpd sape yg terbaca entri kali nie korang rasa tertarik menarik ko mmg da booommmm dgn GA ni bole terus join, tak yah tgu korang kena tag hokeyy ;))))

5 org yg bertuah itu adalah...... cam suspen jew ahaks !!!



jeng...






jeng...






jeng...







TarRRRRRAAaaaa...


1. Nanad - sysygawk
2. Mama Ukail - hepicookmum
3. Nur Ayuni - pink d hati ku
4. Tecit Mama - tecikmama
5. Cikgu - wancikgumuzik


okey.... pada yg sgt2 bertuah ecehhh heehee di tag oleh anis, korang mesti buat yer jgn tak buat tau coz syarat2 pun simple jer... SELAMAT MENCUBA N GUD LUCK !!! (^_^)




nota kaki : kalo dah buat plz komen kat entri ni k ;)



















Ahad, 24 April 2011

tiMe tOgethEr geThEr...

Salam tgh ari tuk sume...


Anis tak sempat nak update entri semalam coz En. Hubby off day so taknak masa berharga dgn dia berlalu camtu jer.. masa dgn dia mesti la kualiti setiap saat dihabiskan dgn aktiviti together gether :-) bkn sng nak dpt 1ari full dgn En. Hubby ni.. antara aktivitinya ialah masak lunch n makan together gether (ini wajib yerr coz 1minggu 1x jer leh lunch same2), lepak kat umah, ptg jer kuar jap g beli pampes... tu jer tp rasa seronok sgt bila bersama dgn En. Hubby. Arini kembali sunyi coz En. Hubby dah keje :-( berdua dgn iffa jelah.. iffa tdo skrg so leh update entri kalo tak jgn harap hokeyyy.


Sebut pasal iffa ni, skrg ni iffa asyik ajak ibu main dgn dia jer... ibu tak sempat lg nak belikan iffa mainan so bila iffa merengek2, ibu amik pic or video iffa pakai enset pastu bg iffa tgk pic n video diri sendiri dlm enset, bila iffa bosan ibu nyanyi lagu yg iffa suka :-) nak tau tak lagu apa?? kalo taknak pon nak gtau jgk huhuhu.. lagu ni cam trademark utk buat iffa senyum, pujuk n hepy.. ni lah lirik lagu tu..



jeng...





jeng...







jeng...










"ABCDEFGHI.......JKLM ! NOPQRSTUVWX.. YZ.... I LOVEEEEEE UUUUUUU.... LALALALAAAALALAAALALAAALAAA..."








Heehee best tak??










Kalo iffa boring jgk, ibu bg iffa tgk magazine peberet ibu Mingguan Wanita :-) meh kite layan pic budak tecit ni dok baca magazine..










The End !